p/s:
Friday, January 30, 2009
too much of thinking makes it nothing...im bored!
p/s:
Thursday, January 29, 2009
Kawan-kawan terkumpul...
Tengah-tengah buat *clean up* laptop, buang yang mane patut, aku terjumpe la beberapa gambar yang boleh aku jadikan modal untuk aku merepek kat blog..Tapi tak merepek sangat la..just bagi background story sikit2 je..So, ini la antara yang kamceng baik punya dengan aku..mungkin masa2 akan datang akan bertambah lagi..insyaallah..bak kate orang berkawan biar seribu..berkasih biar...........*isi la sendiri*:D, aku berkasih biar banyak..bersuami biar 1..hahahhahha...!=))..So ni la kawan-kawan ku yang terkumpul...
p/s: berkasih biar banyak tu maksud aku kasih kepada:
Monday, January 26, 2009
Entry 2009..
Banyak bende aku fikir sampai aku terlupa yang tahun ini adalah tahun baru..
Jadi sebelum tahun ni menjadi basi, aku nak senaraikan wishlist aku untuk tahun ni..
Sepanjang hayat hinggalah Tahun 2008, banyak kenangan pahit yang aku alami..
Moga-moga tahun ini akan lebih bermakna..
so wishlist aku untuk 2009 adalah seperti berikut;
1~ kenaikan pointer untuk sem 2 nie..mesti mau naik oo...aku nak kije obersi nie..
2~ berharap untuk mula melunaskan hutang2 yang ada sikit demi sikit..masih mencari akal untuk wish aku yang ini..mungkin akan mula mencari kerja sambilan..Mara hanya untuk fees sahaja..Damn...
3~ melawan kemalasan sehebat mungkin..
4~ mengamalkan cara hidup sihat..ha yang ini ada kemusykilan..pengecualian jika aku menghadapi ke-tension-an yang melampau..MAKAN bnyak!
5~ Mula menyimpan duit..seminggu rm20 masuk bank..cukup x? so dalam sebulan aku mesti ada rm80 and setahun rm960!
cukup la kot takat 5 wishes...yang pasti aku akan PASTI kan semuanya terlunas...AMIN..
ku mula sedar yang kita semakin hari semakin tua..takdir adalah ketentuan dari usaha kita sendiri..~
selamat tahun baru!!
Saturday, January 24, 2009
Hangus
Aku da terkena banyak kali dah
tapi tak pernah serik..
Aku dah agak da benda ni akan terjadi
Tapi aku degil..mungkin sebab tamak aku tertipu sekali lagi..
Aeryn, bila la ko nak belajar yang tuan rumah tak akan bagi balik deposit kalo tak duduk sampai setahun kat situ...!!
damn! depositku hangus lagi..
manusia sekarang lebih mengaut untung
Friday, January 9, 2009
Pahitnya..
2 perkara dalam minggu nie teramat la pahit bagi aku..Senang cerita dalam diriku sekarang nie terlalu banyak ruang kosong yang jika dilaungkan sesuatu maka kedengaran la bunyi GEMA nya..
Benda pertama yang pahit bagi aku bila seorang kawan berjanji untuk bertemu tetapi memungkirinya di saat2 akhir..Seorang kawan yang dimana kali terakhir perjumpaan kami ketika aku berada di tingkatan 3. Aku gagahkan diri untuk mendamaikan hati "aahh, mungkin dia akan terlambat sedikit..bersabarla~" Aku tak kisah kalau lambat..tapi kau bukan lambat malah tidak bertemu dengan ku langsung..Alasannya: "sorry arin, aku baru bangun dan lepas nie aku terpaksa teman makcikku untuk medical check up..mungkin sampai petang, kalo ko still ade petang msg aku"
Buat kawanku, aku terima maaf mu..tapi pahitnya masih terasa sehingga kini..
Benda kedua ialah apabila orang yang paling aku sayang sendiri mengecewakan aku...Semakin lama aku merasakan ade jurang yang besar antara kita..Bukan kerana antara kita ada yang curang..Tapi Kau semakin berkasar dengan aku..Aku tak perlu lakonan manja dan mesra antara kita di depan khayalak ramai. Aku hanya perlu ketulusan, keikhlasan dan keprihatinanmu melayan karenah ku..Tiada gelak ketawa yang kekal sewaktu aku bersama mu..Mungkin dengan mu disisiku aku hanya perlu sentiasa bersedih..
Ya Allah..disaat aku berade dalam kesunyian, baru aku terfikirkan mu Ya Allah..Terima Kasih kerana tidak pernah melupakan ku walaupun aku selalu lupakan Mu..Bimbingla aku kerana tiada siapa yang mampu membimbingku..
I just want to get rid all the sadness that bring me to tears for now..Amin..~