Friday, January 9, 2009

Pahitnya..

2 perkara dalam minggu nie teramat la pahit bagi aku..Senang cerita dalam diriku sekarang nie terlalu banyak ruang kosong yang jika dilaungkan sesuatu maka kedengaran la bunyi GEMA nya..

Benda pertama yang pahit bagi aku bila seorang kawan berjanji untuk bertemu tetapi memungkirinya di saat2 akhir..Seorang kawan yang dimana kali terakhir perjumpaan kami ketika aku berada di tingkatan 3. Aku gagahkan diri untuk mendamaikan hati "aahh, mungkin dia akan terlambat sedikit..bersabarla~" Aku tak kisah kalau lambat..tapi kau bukan lambat malah tidak bertemu dengan ku langsung..Alasannya: "sorry arin, aku baru bangun dan lepas nie aku terpaksa teman makcikku untuk medical check up..mungkin sampai petang, kalo ko still ade petang msg aku"

Buat kawanku, aku terima maaf mu..tapi pahitnya masih terasa sehingga kini..

Benda kedua ialah apabila orang yang paling aku sayang sendiri mengecewakan aku...Semakin lama aku merasakan ade jurang yang besar antara kita..Bukan kerana antara kita ada yang curang..Tapi Kau semakin berkasar dengan aku..Aku tak perlu lakonan manja dan mesra antara kita di depan khayalak ramai. Aku hanya perlu ketulusan, keikhlasan dan keprihatinanmu melayan karenah ku..Tiada gelak ketawa yang kekal sewaktu aku bersama mu..Mungkin dengan mu disisiku aku hanya perlu sentiasa bersedih..

Ya Allah..disaat aku berade dalam kesunyian, baru aku terfikirkan mu Ya Allah..Terima Kasih kerana tidak pernah melupakan ku walaupun aku selalu lupakan Mu..Bimbingla aku kerana tiada siapa yang mampu membimbingku..

I just want to get rid all the sadness that bring me to tears for now..Amin..~

0 respon: